O M G !
ABOUT DIARY LINKS POEM FACEBOOK BLOGSKIN FUTURE PAST
Pihak Go-Nanchō
Thursday, 17 January 2013 • 04:46 • 0 comments



  1. Setelah bersatunya Istana Utara-Istana Selatan, perjanjian bahawa maharaja dari masing-masing faksi / garis keturunan boleh naik takhta secara bergantian (sistem Ryōtōtetsuritsu) ternyata tidak dipatuhi Istana Utara. 
  2. Maharaja yang naik tahta selalu berasal dari faksi Jimyō-in (Istana Utara). 
  3. Sepanjang tempoh yang disebut Go-nancho (pasca-Istana Selatan) dan berlangsung sehingga pertengahan abad ke-15, Istana Selatan terus menerus mengadakan pemberontakan. 
  4. Sejak tahun 1428 , perlawanan Istana Selatan semakin hebat setelah terputusnya garis keturunan Jimyō-in kerana tidak lagi mempunyai pewaris yang berhak atas takhta. 
  5. Pada tahun 1443 , pihak Go-nancho yang terdiri daripada sisa-sisa pengikut Istana Selatan dan bangsawan istana klan Hino menyerang istana Maharaja. 
  6. Penyerbuan tersebut dipimpin dua anggota keluarga Istana Selatan. Dua dari Tiga Harta Suci, yakni permata dan Tsurugi ( katana ) berjaya dirampas. Peristiwa ini disebut Insiden Kinketsu . 
  7. Keshogunan berjaya merebut kembali Tsurugi , namun permata terus berada di bawah kuasa Go-nancho. P
  8. ihak Go-nancho menghilang dari peredaran, dan tidak disebut-sebut lagi dalam buku sejarah sejak permata kembali berjaya direbut, dan adik-beradik keturunan Istana Selatan, Pangeran Jiten dan Pangeran Chūgi dibunuh. 
  9. Pembunuhnya adalah pengikut klan Akamatsu (Istana Utara) yang memendam dendam terhadap Istana Selatan kerana pernah dihancurkan pada peristiwa Pemberontakan Kakitsu . 
  10. Setelah berabad-abad berlalu, Maharaja Meiji akhirnya pada tahun 1911 memutuskan bahawa Istana Selatan adalah pewaris kuasa yang sah.


PASTFUTURE
The Disclaimer
Hello. Thank for visit my blog :)


Recent Post
Follow me



My status

Put your status here

Blog Archive

  • Situasi Kyushu dan bersatunya Istana Utara-Selatan
  • Kemunduran Istana Selatan
  • Pendirian Istana Utara-Istana Selatan
  • Zaman Nanboku-cho
  • Zaman Muromachi (Ashikaga)1336–1573
  • Latar Belakang
  • Pemulihan Kemmu
  • Zaman Kamakura
  • Zaman Heian
  • Zaman Nara