O M G !
ABOUT DIARY LINKS POEM FACEBOOK BLOGSKIN FUTURE PAST
Zaman Meiji
Tuesday, 22 January 2013 • 08:15 • 0 comments



Meiji beralih ke laman ini. Untuk kegunaan lain, lihat Meiji (nyahkekaburan) 
 Zaman Meiji ( 明治 Meiji ?) ( 25 Januari 1868 - 30 Julai 1912 ) adalah salah satu nama zaman pemerintahan Maharaja Jepun sewaktu Maharaja Meiji memerintah Jepun, sesudah tahun Keio ( 庆応? ) dan sebelum zaman zaman Taishō ( 大正 ) . Ibu kota pemerintahan dipindahkan dari Kyoto ke Tokyo . 

Pemulihan Meiji 

  1. Pada 3 Februari 1867 , Putra Mahkota Mutsuhito yang waktu itu berusia 15 tahun naik tahta untuk menggantikan ayahnya, Maharaja Kōmei . Nama zaman semasa Maharaja Meiji disebut zaman Meiji. 
  2. Pemulihan Meiji yang terjadi 1868 mengakhiri kekuasaan feudal Keshogunan Tokugawa . Polisi dasar kerajaan Meiji dinyatakan dalam Sumpah Tertulis Lima Perkara tahun 1868. 
  3. Kandungannya berupa pernyataan umum pemimpin Meiji dengan maksud menggalakkan moral dan sokongan kewangan bagi kerajaan yang baru. 
  4. Isi kelima pasal tersebut ditafsirkan berbeza-beza, namun intinya kurang lebih adalah: 

  • Pembentukan dewan secara meluas di pelbagai daerah, semua persoalan penting dimusyawarahkan bersama Semua kalangan, atas dan bawah, perlu bersatu dalam menjalankan urusan negara. 
  • Rakyat biasa, begitu pula pejabat pusat dan tentera, harus dibenarkan untuk melakukan hal-hal yang diingini sehingga tidak mereka tidak bosan. 
  • Polisi lama yang buruk ditinggalkan, dan semuanya dibiarkan mengikut undang-undang alam. 
  • Pengetahuan perlu dicari hingga ke seluruh dunia demi mengukuhkan asas kekuasaan empayar. 
  1. Pemerintah Meiji memberi jaminan kepada kekuatan-kekuatan asing bahawa   
     negaranya akan mematuhi perjanjian yang dibuat Keshogunan Tokugawa, dan 
     menyatakan dirinya negaranya akan mematuhi undang-undang antarabangsa.   
  2. Selepas penghapusan sistem domain , daimyo secara sukarela menyerahkan tanah 
     pemilikan dan rekod bancian mereka. 
  3. Para daimyo mendapat tugas baru sebagai gabenor. Kerajaan pusat menanggung    
     perbelanjaan daerah dan membayar gaji samurai . 
  4. Sistem domain ( han ) diganti menjadi sistem wilayah pada 1871 , dan   
     kekuasaan berada di tangan kerajaan pusat. 
  5. Pegawai dari bekas Domain Satsuma , Domain Choshu , Domain Tosa , dan    
     Domain Hizen ditugaskan mengisi pos-pos kementerian.


PASTFUTURE
The Disclaimer
Hello. Thank for visit my blog :)


Recent Post
Follow me



My status

Put your status here

Blog Archive

  • Bakumatsu
  • Zaman Edo (Tokugawa)
  • Kemunduran perdagangan Nanban
  • Pertukaran Dagang
  • Catatan Eropa Tentang Jepun
  • Perdagangan Nanban
  • Zaman Azuchi-Momoyama
  • Zaman Sengoku
  • Pihak Go-Nanchō
  • Situasi Kyushu dan bersatunya Istana Utara-Selatan